Kemasukan/Pendaftaran

Bagaimana untuk menjadi Pelajar MEDIU?

Untuk memastikan perkhidmatan yang cepat dan kaedah aplikasi pengesanan yang cekap, proses pendaftaran kini adalah di dalam talian(online) sepenuhnya.

Yuran permohonan tidak akan dikembalikan kerana ia diperlukan untuk memproses permohonan dan butiran adalah seperti di bawah:

PRASISWAZAH

Proses Yuran
1. Permohonan dalam talian RM25.00 / USD 8.00
2. Permohonan di kampus
———- Pelajar Tempatan RM25.00 / USD8.00
———- Pelajar Antarabangsa RM100.00 / USD31.00

PASCASISWAZAH

Proses Yuran
1. Permohonan dalam talian RM100.00 / USD31.00
2. Permohonan di kampus RM100.00 / USD31.00

Sila beri perhatian kepada tarikh akhir permohonon kerana ia penting dan berkaitan dengan permohonan anda di sini.

Permohonan MEDIU adalah dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghantar permohonan anda sekurang-kurangnya enam (6) minggu sebelum bermulanya semester pengambilan baru iaitu pada bulan September, November, Februari atau Jun.

Permohonan secara online

Klik di sini untuk memohon dalam talian (Untuk permohonan dalam bahasa arab klik di sini)

MEDIU hanya menerima permohonan atas talian. Sejurus selepas anda memohon, anda akan menerima pemberitahuan pengakuan dan akan disertakan dengan nama pengguna dan kata laluan. Apabila menerima permohonan anda, kami akan menghantar maklumat asas (senarai semak) untuk membantu anda dalam melengkapkan pendaftaran mengikut waktu yang ditetapkan. Permohonan akan dikaji semula dalam tempoh dua (2) minggu dan senarai keterangan akan dihantar ke email anda untuk menjelaskan semua keperluan bagi melengkapkan permohonan anda. Semasa proses permohonan, anda boleh menyemak status permohonan dalam talian anda dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan. Kami menggalakkan anda untuk memulakan proses ini enam (6) minggu sebelum tarikh pendaftaran. Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan kepada pemohon, kami menerima pembayaran di peringkat awal permohonan.

ID Pelajar MEDIU

Setelah kemasukan berjaya, pelajar akan menerima ID bagi membolehkan mereka ke peringkat seterusnya iaitu proses pendaftaran kursus pilihan.